Pages

Thursday, September 15, 2011

sedikit update


Alhamdulillah! ---> untuk tangan yang sudah sedikit mampu memahami bahasa jiwa ini setelah sekian lama terkaku tanpa aku sendiri mengerti ke mana perginya momentum penulisan yang lalu. Buku 'catatan' oleh Pak Latif Mohidin, terselit satu kisah-rupa-rupanya 'wahyu' juga kadang-kadang terputus apabila yang di luar dan yang di dalam tidak mampu mencari keserasian!

Pesan senior

"korang kalau keluar sekolah, baru korang rasa mcm mana duduk dalam dunia sebenar..kat sekolah ni belajar je"

haha..ye2,betul kakak2 dan abang2..gelak 'haha' itu sendiri datang dengan pelbagai tafsiran *sigh*..pejam celik pejam celik, sudah hampir 4 tahun meninggalkan alam persekolahan dan dalam tempoh ini terlalu banyak yg sudah dan sedang saya amati, dan dalam tempoh itu juga, ia merubah paradigma saya..ya,sedikit sebanyak..

Amerika yang mengajar..

Saya ke USA dalam keadaan tidak dapat membayangkan dengan jelas tentang negara Uncle Sam itu. Pertama kali menjejakkan kaki ke sana dan saya membiarkan "Laili Harlina Khairuddin" untuk memahami cerita-cerita insani di bumi pimpinan Barrack Obama itu dengan sepenuh jiwa raganya. Terlalu banyak perkara yang membuat "dia" berfikir dan membuat refleksi diri..Arghhh,Amerika ini terlalu banyak kisah untuk diceritakan..Biarkan waktu yang akan menceritakan bagaimana Amerika sudah dan bakal mencorak kisah hidup "dia" :)

#random : sekarang aku dah jadi pemandu yang penyabar dan lebih berhemah :P
(terima kasih amareka untk pentarbiyahan ini!)


Balik Malaysia, terlalu banyak perkara yang saya fikirkan..Saya tahu, masih baru untuk saya menceritakan dan membandingkan hidup di negara orang dan tanah air sendiri..baru setahun..tapi,secara peribadi,saya melihat,'tempoh masa' bukan ukuran untuk mengukur samada kita 'layak' atau tidak untuk bercerita soal pengalaman..yang baik kita ambil :)


kawan kahwin

baru je minggu lepas pergi walimah sahabat saya, Raihanah dan suaminya, Hilmi. Kawan kelas ni,dulu dalam kelas duduk sebelah2 je..teman bergelak ketawa,sekarang dah jadi isteri orang..

Satu perkara yang menarik perhatian sy tentang walimah beliau,sangat sederhana,kagum :)

Juga,saya terfikir soal mas kahwin/mahar. Nabi cakap, perempuan yang baik itu maharnya rendah..Ya, adat orang melayu,orang kata,macam mahu jual anak bila letak 'harga' tinggi. Susah-susah.

Yang TAK PATUT, biar mati anak jangan mati adat. Yang PATUT, biar mati adat jangan gadai syariat..


#random : kenapa cadar katil pengantin nak kena ada bunga2? tak boleh ke kalau nak letak corak abstrak ke,atau letak cadar kartun kegemaran? bukankan definisi indah/cantik itu sangat subjektif?..jika kita rasa corak batik itu indah,salahkah kalau cadar pengantin kita nanti dibuat corak batik? arghhhh,rasanya kalau sy mintak pada mak mcm ni,mesti jawapannya, "jangan nak buat pelik" =.=


Monolog

sebenarnya,entry ini sudah beberapa kali aku tulis dan padam. Buntu juga mencari mana yang tidak kena,tapi,sekarang aku sudah temui jawapannya. Dalam tempoh ini,aku dengar dan aku lihat kisah cinta sesama manusia,ya,maksud aku cinta adam dan hawa. Mungkin ini sudah musimnya, kawan-kawan seorang demi seorang sudah maju setapak ke hadapan. Ya,mahu bercinta sampai syurga! Ada juga yang sedang menunggu dan ada yang mengkhabarkan berita duka. itu lumrah,bezanya cuma 'keyakinan' kita.

"it's just a matter of time my friend..Once we're ready for a one-step-further, He will surely send us 'the-other-half-of-me' to us..So, let's prepare ourselves to be better,never lose hope and have faith in Him because He knows best!"


soksek-soksek : nak balik US dah..sedang ambil mood *deep breath*


SELAMAT HARI MALAYSIA!













1 people said:

qayyimah said...

laili, kite suke quote yg last skali tu..yes, it.s true! the time will come..just be patient!hehe