Pages

Tuesday, June 28, 2011

'Politik' anak muda






Assalamualaikum wrt,

Saya baru tukar profile picture di Facebook, touch up sket,letak badge 'BERSIH 2.0'..Jauh sekali mahu menunjuk protes mahupun hendak menyatakan pendirian politik..Tidak,saya cuma mahu mengiyakan 'bersih',,itu sahaja..Mungkin juga ada yang mempersoalkan 'tahap kebersihan' kempen 'bersih' itu, tapi, bukan itu soalnya..


Saya di sini, di Amerika Syarikat, apabila ada sebarang perbincangan di dalam kelas (contoh paling dekat), ia berlaku secara aman. Di dalam course syllabus, tertera dengan jelas perkataan 'mutual respect'. Dan saya akui, saya sudah semakin terbiasa dengan budaya itu dan saya sedikit lemas apabila ada yang mengkritik dalam nada sarcastic. Setiap individu punya hak untuk berpendirian dan hak untuk menyatakan pendirian serta pendapat, tetapi, ramai yang tidak mampu untuk menjaga sensitiviti 'pendirian individu lain'.


"Politik kotor", salah siapa? Analogi mudahnya begini :


Saya ada sebuah buku nota. Di bahagian belakang buku tersebut, saya buat khas bahagian 'conteng2'..bahagian depan buku nota tersebut, saya buat khas utk 'catat nota' dalam kelas..Saya tunjuk buku nota tersebut pada kawan saya, Siti, dan Siti pun membelek2 buku saya depan-belakang. Kemudian, tanpa disangka2, Siti bercerita pada kawan2 kelas sy yang lain tentang buku nota saya itu. TAPI, Siti hanya bercerita pasal bahagian belakang buku saya yakni bahagian 'conteng2' dan langsung tidak menceritakan yang saya ada ruang 'catat nota' dalam buku tersebut..Akibatnya, kawan2 kelas saya semua menganggap saya suka menconteng buku dan buku saya tu memang takde kebaikan selain dari utk conteng2..

[Siti ni memang nak kena!]


Saya hairan jika ada yang tidak suka soal politik dengan alasan 'politik kotor'..Alasan 'politik kotor' tu wujud sebab ada 'Siti' yang rajin bagitau pasal bahagian 'conteng2' politik tu dan kurang highlight tentang bahagian 'catat nota'..Dan, kepada pendengar2 yang mengambil secara langsung kata2 'Siti' tanpa membuat usul periksa terhadap 'buku' tersebut (dalam konteks ni : politik), dengan secara mudah, pendengar2 ini membuat generalization terhadap politik. Kalaulah hina sangat politik ini, Rasulullah pasti tak terlintas pun nak bentuk kerajaan Islam di Madinah suatu masa dahulu.


Pelajar2 Malaysia mempunyai trauma yang maha dahsyat. Sejak dari sekolah lagi. Tak perlu nafikan. Ada sesiapa berani bercakap soal politik di tempat terbuka? "Ada, bagi yang tak takut dengan AUKU", kata mereka.


"pelajar2 tak perlu ikut serta sebarang kegiatan yang tidak berkaitan dengan akademik sebab kita perlu menjaga keharmonian negara dan tugas kita sekarang adalah untuk BELAJAR!", kata mereka yang satu lagi..


(angkat tangan) ---> saya nak bagi pendapat!


Pada hemat saya, sedikit rugi sekiranya masa yang kita ada (bergelar mahasiswa/wi) ini kita gunakan sekadar untuk belajar ilmu akademik semata-mata..Saya rasa, kita perlu lebih terbuka dalam soal ini..Mungkin budaya kita di Malaysia telah mencorakkan siapa kita hari ini. Tetapi, sebagai seorang yang terpelajar, saya rasa kita perlu lebih terbuka menerima kepelbagaian yang wujud. Ilmu memang boleh dapat di mana2, tambah2 kalau rajin membaca. TAPI, buku tak sama dengan pengalaman. Tipulah kalau ada orang yang tak bersetuju dengan frasa, "pengalaman adalah guru terbaik"..Ini bukan ayat2 berbaur hasutan ya! Maksud saya, kita tak perlu pun pergi ikut demonstrasi tetapi, cuba ambil masa untuk 'letak buku/suratkhabar/website ke tepi' buat seketika dan cuba perhatikan serta 'masuk' ke dalam masyarakat..Saya pasti, ada sesuatu yang bakal mengubah paradigma kita..


Sekadar luahan pendapat seorang anak muda yang jauh berkelana di perantauan, yang juga sayangkan negara tercinta.


Saya percaya kepada 'mutual respect'. Peace!



Laili Harlina Khairuddin,
Columbus, Ohio, United States of America.



soksek-soksek : semagat anak muda sehebat Sultan Muhammad Al-Fatih, punya cita-cita yang jauh ke hadapan. Tiada yang mustahil kerana sesungguhnya orang2 yang beriman itu cita-citanya syurga, terlalu 'ambitious' pada kaca mata mereka yang tidak 'percaya'. Semoga tidak futur di tengah jalan, insyaallah! Tuhan, perkemaskan langkah kami, amin.




0 people said: