Pages

Friday, March 25, 2011

Hidup tanpa syarat


Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah,sudah selesai Winter Quarter 2011 (Quarter kedua di OSU). Cuti pun sudah hampir habis, minggu depan akan bermula episod baru di OSU-Spring Quarter 2011. Moga2 quarter baru ni turut 'berseri' seindah Spring season yg bakal berseri dgn keharmonian warna2 alam yg mula utk 'hidup' kembali :)

Seperti tidak percaya, sudah lebih 6 bulan di bumi-yg-pada-asalnya-asing-kini-sudah-beransur2-menjadi-kurang-asing, dan dalam tempoh ini juga, akal dan hati tidak pernah penat menterjemah 'bahasa kehidupan' di bumi Uncle Sam ini. Quarter lepas memang sangat meletihkan sebab jadual exam stp subjek yg diambil tersusun dgn begitu 'indah' sekali! setiap 2 minggu,3 exam bersusun menunggu,belum lagi ditambah dgn assignmentssssss! Alhamdulillah,sudah selesai semuanya, cuma, pengajarannya, awal2 Quarter, sila check jadual exam utk setiap subjek supaya tak rasa nak bunuh diri di pertengahan Quarter! hak3..ok,,kidding! :P

owh ye,,line telefon (AT&T) baru je kena potong sebab lama sangat tak guna (kalo guna pun,utk pagi2 je,,kejut subuh-alarm! LOL), so, tak perlulah bg msg kt fon sy..hehe..lagi,sekarang dah terer sket lah naik bus kat Columbus ni, dah boleh la nk g jalan mana2 :P lagi, dah makin dan makin seronok 'menikmati' Amerika Syarikat! weeeeee :D

Apa-apa pun, mari senyum-lebar-sampai-nampak-gigi utk Quarter baru! :D


Hidup utk dinikmati

Tidak ku sungka,rupa2nya belakang rumah sendiri ada sungai! hak3..almaklumlah,masa mula2 sampai tak sempat nak explore,plus,time winter mmg takde masa lah nk explore sejuk2 ni..Olentangy River! sangat mengingatkan saya pada sungai perak! hak3..(kalo boleh semua nak samakan dgn Malaysia..LOL) cantik sebab ada nice view,tambah2 time sunset, ada itik-yg-comel juga!

Duduk lepak2 tepi sungai memang best! membiarkan mata melihat apa sahaja yg terhidang di hadapan, menikmati setiap keindahan ciptaanNYA dan membiarkan juga akal dgn bebas mentafsir setiap keindahan yang dirakam oleh mata. Tiada halangan! Begitu juga dgn kehidupan, usah terlampau banyak meletakkan syarat dalam hidup yg akhirnya kita gagal memaknai sebuah kehidupan.

"saya tak suka duduk US, nak balik Malaysia, sebab Malaysia tarbiyah mantap,dekat dgn family"

"saya tak suka study sini, kalau boleh nak sangat10000x belajar kt US sebab kat US aipong,aipod,aiped,koch,koghel semua murah2"


Kita boleh terus bermimpi dan memasang angan2 tentang "alangkah indahnya kalau...", tapi, hakikatnya, kita hidup di alam realiti bukan fantasi!


Analogi

Rosmah hendak ke theme park dan sebelum pergi, dia cakap pada temannya Izzah, begini,

"Izzah, aku nak pegi theme park ni,,aku nak main roller coster..kalau xde roller coster,,mmg aku rasa kita pnya trip ni tak bermakna ah"..

sampai dekat theme park tersebut, puas Rosmah dan Izzah pusing satu theme park cari roller coaster,tapi, tak jumpa. diorang sedih gila sebab tak dapat nk naik roller coaster tu. Seharian dekat theme park tu,diorang tak de mood sebab tak dapat naik roller coaster. Game lain yg ada, diorang tak enjoy pun sbb tak de roller coaster.. akhirnya, selepas seharian, Rosmah dan Izzah pulang ke rumah dengan perasaan sedih,kecewa dan hampa sebab tak dapat naik roller coaster..

Andaikata, pada awalnya mereka tidak meletakkan "roller coaster" sebagai syarat untuk 'berasa seronok' di theme park, pasti, mereka tak kan kecewa kalau mereka tidak dapat naik roller coaster tu..Pasti mereka akan seronok menikmati setiap game yg ada kalau pada asalnya mereka tidak tercari-cari roller coaster tersebut.


Impian dan realiti

"hidup tanpa syarat' bukan bermakna 'tidak perlu memasang impian' atau 'hiduplah dgn apa yg ada'. bukan! maksud saya ialah, hidup mengikut sunnatullah. Tuhan cakap,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

[Surah Ar-Ra'd:11]

maka, dalam setiap perkara yg dilakukan,usaha! mahu keputusan yg baik, belajar! mahu jadi pemimpin, kutip ilmu utk jadi pemimpin! mahu jadi pendekar, pergi berguru ilmu persilatan! mahu hidup ceria di tempat baru, cari dan bina 'keceriaan' itu! itu sunnatullah.

Pasanglah impian setinggi langit sekalipun, jika usaha tidak setinggi itu, usah diharap pada keajaiban utk dtg bergolek. Juga, ketika kita merancang, Tuhan juga merancang dan yg pasti, perancangan Tuhan itu adalah yg terbaik. Ketika kita merasa kecewa dgn perancangan Tuhan yg tidak sama dgn perancangan kita, maka, berlapang dada lah. Hiduplah tanpa syarat yg 'digubal' oleh seorang hamba kerana 'syarat hamba' itu terlalu lemah untuk meramal kebahagiaan pada masa akan datang.


"Dan sungguh, akan kami isi neraka jahannam byk dari kalangan jin dan manusia. mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya utk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dpergunakannya utk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yg lengah"

[Surah al-A'raf : 179]


bernafaslah dalam jiwa hamba yang punya roh perjuangan sekental Khaled Al-Walid yg sentiasa memburu syahid! juga punya jiwa besar sehebat Muhammad Al-Fateh yg akhirnya menakluk Constantinople! dan seindah akhlak Abu Bakar yg sentiasa berlemah lembut dan membenarkan kebenaran!



soksek-soksek :

Teringat satu dialog dlm satu cter melayu ni..dialog suami isteri yg lebih kurang begini,

"dari dulu lagi saya ikhlas buat baik dgn keluarga awak,tapi,diorang sampai ke sudah tak terima saya"

"tu maknanya awak belum cukup ikhlas sebab awak boleh mengungkit"

renung-renungkan dan selamat beramal :D




Olentangy river, March 2011








0 people said: