Assalamualaikum WRT,
Tiba2 rajin pulak nk update blog :P ilham selalu dtg bila ada sesuatu yg 'trigger', kali ini ilham datang sebab ada org komplen pasal gambar sy di US. Nampak 'sloppy' katanya..haha..bila difikir2 balik, Amerika telah banyak mempengaruhi saya (*baca : banyak,bukan sedikit).
Berpakaian
Masih sy ingat ketika awal2 masuk Taylor's (to be specific : American Degree Program), perkara pertama yg sy masih ingat sampai sekarang ialah bila Program Director cakap waktu orientasi. Beliau cakap senang je nak bezakan budak2 ADP ni dgn budak2 program lain : "attire". Masa awal2 sy sendiri tak nampak di mana relevennya beliau cakap mcm tu, tapi, bila dah lama2 berada kat ADP,sy mengakui benda tu. Masa awal2 masuk ADP, sy (dan kawan2 yg lain jugak),baju skema habis,mcm waktu sekolah dulu. Hari2 iron baju kurung, sama je macam zaman sekolah dulu. Baju kurung tu siap iron untuk seminggu punya. memang terbaik..hak3..start summer 2008, memandangkan kelas sehari 2 jam je,sy sudah tidak rajin memakai baju kurung utk ke kelas. semenjak dari saat itu,t-shirt yg slalo mnjadi pilihan utk ke kelas. Kalau tgk budak2 ADP lain,siap pakai seluar 'hawai' lagi masuk kelas. Bukan setakat student, sy masih ingat lecturer History masa kat ADP sy cakap, "If I were given the chance, I'd prefer to wear short pants to college"..see..memang berbeza..kalo dah ditarbiyah dalam bi'ah (suasana) mcm ni, maka, terdidiklah pelajar2 ini mengikut cara Amerika yang sangat bersahaja kalau pergi college. Kat sini lagi mantop lah tapi, siap boleh pakai seluar tidur datang kelas! nobody cares..
Fikrah (pemikiran)
Masa awal2 masuk ADP dulu, ada sorang counselor yg handle orientasi buat game (kinda group discussion lah). Benda yg perlu dibincangkan ialah, "what are the things that you hate the most about chinese,malay and indian?"..kelu kejap nak jawab sebab ini isu sensitif di Malaysia..hak ketuanan melayu mana boleh sebut,b*bi pun memang pantang org melayu dgr dan sistem kasta pun masih wujud lagi sebenarnya. Bila dah start belajar di ADP, sy merasakan perubahan dlm cara sy berfikir. Sampai ke tahap tak nak mengaku diri sendiri 'melayu'..haha..bila ada survey,sy akan tanda di ruangan 'lain-lain'..hak3..tapi,itu dulu,waktu mula-mula nak buat perubahan dalam cara berfikir. Sekarang sy melihat perkara itu (mksd sy tentang isu kaum) sebagai social construction yang kita perlu hargai dan tidak boleh nafikan tentang kewujudan perkara tersebut dalam masyarakat,cuma,tidak boleh sampai ke tahap 'mengimani' semangat kebangsaan/kaum itu. Rasulullah sendiri tidak mendriskriminasikan sahabat2 bukan Arab seperti Bilal,Salman al-Farisi dan lain-lain. Bersifat terbuka dan berlapang dada dalam kepelbagaian yg wujud adalah sesuatu yg perlu dalam kehidupan. Peace! :)
Attitude
Amerika mengajar sy tentang bagaimana mempraktikkan cara menghormati hak orang lain. Dalam islam sudah diajar tentang hak2 sesama muslim,hak2 dgn jiran tetangga dan macam2 hak yg lain. Mungkin di ADP dulu tidak begitu ketara soal hak2 ni, mungkin sebab ADP itu masih di Malaysia,maka budaya masyarakat Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi bi'ah ADP. Tapi, di sini, lain. Tiada siapa pun akan berebut utk naik bas, tiada siapa pun akan berebut untuk sign attendance, tiada siapa pun akan berebut untuk guna komputer di library, tiada siapa pun yg akan berebut utk beli makanan. semuanya menghormati hak org lain, "first come first served".
Tak hairan kalo Syeikh Muhammad Abduh cakap,
"Aku ke Paris,aku menjumpai Islam tanpa Muslim. Aku pulang ke Mesir aku jumpa Muslim tanpa Islam"
hakikatnya memang begitu.
Kat sini jugak ada attitude yg mcm 'nobody cares',so 'do whatever you wanna do'. Contoh yg paling senang, kalau tggu next class kat luar kelas, kalo kat Malaysia, takde siapa pun yg akan duduk bersila kat luar kelas,tapi,kalau kat sini, duduk bersila/berlunjur kat luar kelas/hallway itu perkara biasa. Kalau dalam lecture hall,ada yg kaki pun naik atas kerusi (sila bayangkan anda angkat kaki letak atas ketusi depan dan tapak kaki anda mengadap lecturer), banyak kurang sopan kan? haha..tapi sy belum lagi lah buat mcm tu,adat2 melayu masih berakar kuat dalam diri..LOL..
Individualism vs collectivism
Di sini masyarakat sgt2 'value' individualism. kebanyakan negara2 di Timur seperti Korea,Cina,Jepun,Indonesia,Malaysia dan lain2 negara sgt 'value' collectivism. Dalam budaya 'collectivism', keharmonian sangat diberi perhatian, hidup berkumpulan sangat ditekankan dan org collectivism ni mmg tak suka nk cari pasal lah, 'kejayaan aku adalah kejayaan kita bersama'..ha,mcm tu prinsip dan moto budaya 'collectivism'. tapi, di Amerika di mana 'individualism' sgt ditekankan, 'apa2 yg anda mahu buat,ikut suka hatilah,itu hak anda', semua org akan cuba jadi yg terbaik (budak2 skolah kt sini memang suka cakap pasal isu 'popular',kalo x caye boleh tgk cter2 org putih ni), tapi, mereka akan sentiasa buat yg terbaik dlm satu2 perkara tu sbb "what you give is what you get"..
Panjang pulak hasil analisis sy..hehe..sekadar berkongsi ;)
p/s : sedang dan sentiasa cuba untk bersifat terbuka terhadap realiti di samping tidak menggadaikan prinsip dan iman. 'ikut arus,tapi jgn sampai hanyut'. insyaallah :)



0 people said:
Post a Comment