Selamat Tahun Baru 2011 :)
Alhamdulillah,sudah masuk tahun baru, secara umumnya, sudah masuk 21 tahun,sudah boleh mengundi! yeay! hehe..
Perubahan
Dulu, zaman sekolah, bila masuk tahun baru, terutama sekali bila tahun tersebut adalah tahun "PMR" atau "SPM", maka, azam tahun baru pastinya semua bersangkut paut dengan dua peperiksaan besar itu. Seolah-olah itulah azam paling agung buat tahun itu. Bila esok nak sekolah, pasti malam ni semangat iron baju, sediakan kasut dan stokin, sediakan beg untuk kelas dan segala yang berkaitan dengan sekolah.
Sekarang, sudah tiga tahun tidak beruniform sekolah, sudah tiga tahun tidak berkasut sekolah, sudah tiga tahun meninggalkan zaman "prep", "DM", "nota sejarah,kerja addmath,essay" dan apa2 yang berkaitan dengan sekolah. Azam sekarang sudah tidak lagi sama seperti dulu, azam sekarang lebih matang saya kira.hehe."mahu result bagus" itu memang tak kan hilang sampai bila selagi bergelar 'pelajar', tetapi, 'azam-azam yang lebih matang' sedikit demi sedikit sudah mula memenuhi list 'azam baru'.
Sekarang, azam mahu menjadi doktor,jurutera,pensyarah,peguam,aktuaris yang berjaya bila dah grad nnti. Sekarang, azam mahu berubah menjadi hamba Tuhan yang lebih baik dan mahu mula mencari diri. Sekarang, azam mahu menjadi anak yang soleh, yang boleh bantu keluarga bila sudah kerja nanti. Sekarang, azam mahu menamatkan zaman bujang (LOL!). Sekarang, azam baru mahu menjadi lebih soleh/solehah supaya nanti dapat cari pasangan yang soleh/solehah. Sekarang, azam mahu buat double major/minor supaya nanti ada advantage bila cari kerja.
Azam dulu, yang mungkin macam 'budak-budak',tetapi,itulah kita. Perubahan itu berlaku dan kita, mahu atau tidak akan turut berubah walaupon kita sendiri mungkin tidak pernah kisah akan perubahan itu. Definisi hidup kita menjadi semakin luas, dan itu adalah yang sepatutnya. Mula melihat bahawa hidup ini adalah sesuatu yang lebih besar dari apa yang pernah kita jangkakan ketika di bangku persekolahan, mungkin.
Masih saya ingat waktu di sekolah dulu, ayat yang akan sentiasa keluar dari mulut senior2 yang dah habis sekolah ialah "dunia luar sangat berbeza dengan zaman sekolah". Ya! Mahu ketawa sendiri apabila mengenangkan 'budak-budaknya aku' masa di sekolah (LOL!). Ponteng prep,ponteng kelas,menyorok dalam locker,cinta monyet,tidur dalam kelas,bergaduh dgn kawan2 dan macam-macam lagi kisah 'budak-budak sekolah'. Tetapi, hari ini, 'budak-budak sekolah' itu bukan lagi 'budak-budak sekolah,tetapi 'budak-budak sekolah' itu telah membentuk siapa 'budak-budak sekolah' itu sekarang. Satu senyuman lebar utk sekolah! :)
Tarbiyah Tuhan
Sedar atau tidak, perubahan yang berlaku adalah tarbiyah dari Tuhan. Yang celik, mungkin nampak, yang tidak, mungkin merasa kesannya tetapi tidak nampak punca perubahan itu. Walau di mana sekalipun kita dicampakkan, ia adlh tarbiyah dari Dia utk kita. Dalam siri tarbiyah itu, Tuhan sentiasa mengetuk hati-hati kita agar sedar tentang hakikat seorang hamba. Makanya, beruntunglah hamba yang menyedari bahawa "Tuhan sedang mengetuk hati". Teruskan melangkah wahai orang yang sedar! Itu petunjuk dari Tuhan yang mahu kita kembali mengakui bahawa "Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hambaMU".
Ucapan tahun baru
"Yang di belakang sudah menjadi sejarah. Teruskan lagi melangkah. Terima kasih kepada Tuhan kerana masih mengurniakan nikmat iman dan islam sehingga saat ini. Bagi yang masih tercari-cari 'diri sendiri', kembalilah mencari diri pada fitrah seorang hamba. Usah dinafikan hidup berTuhan, usah di'lekehkan' syariat Tuhan, usah di 'gurau sendakan' ajaran kekasih pilihan. Kita bebas mencari, akal Tuhan beri, jgn disia-siakan. Usah hanya menjadi pak turut yang hanya mengikut apa yg orang lain percaya, tetapi, pergi dan cari 'siapa aku' sehingga kita benar-benar mengimani apa yang dicari. Percayalah, yang dinamakan 'hamba Tuhan' itu pasti akan kembali mencari Tuhannya! Salam Tahun Baru buat kamu, hamba Tuhan!
soksek-soksek : ada org kawen 1/1/11, cun sgt tarikh ni..ada lagi tarikh cun tahun ni,11/11/11..take note! kekeke..oppsss..esok sekolah,,ayuh kembali ke sekolah!semangat!



0 people said:
Post a Comment