Pages

Thursday, November 18, 2010

..monolog..


Daie Muda


“kita tak buat apa-apa. Strategi kita salah, kita hanya menyambung, tapi, kita tak buat sesuatu”


Hancur luluh hati daie muda, mendengar motivasi percuma seperti itu. Tinggalkan frasa itu. Susah mahu mencari sisi positif pada bait ayat itu. Menikam. Sama ada mati terus atau luka berdarah.


Sisi yang lain. Perubahan itu sunnatullah dan kita akan terus berjalan atas nama jalan kehidupan. Yang dilalui itu pasti ada jalan berduri, pasti ada jalan yang bengkok, pasti ada yang tersalah jalan, pasti ada yang lelah di pertengahan jalan dan segala macam “jalan” yang lain. Itu semua aturan Dia yang menciptakan, itu sunnatullah! Yang di belakang itu dikutip sebagai pedoman, bukan sesuatu untuk diratapi hingga terbawa emosi jauh ke alam khayalan yang akhirnya menjadi “khayalan yang mati tanpa usaha dan cita-cita”.


Kamu daie muda,

Dalam langkahan seorang pejuang, jiwa kamu perlu besar. Jiwa hamba yang punya harapan tinggi pada al-khaliq. Langkahan kamu, jangan terhenti, biar lambat asal kamu terus berjalan. Jangan pernah putus harapan pada Dia. kamu daie muda, berjalanlah dengan cita-cita, kerana kamu Dia jadikan dengan ‘cita-cita’. Pandang terus ke hadapan, Dia pasti bantu!


Adam dan Hawa

Kamu yang baru mengenal erti cinta manusia. Usah gusar akan itu. Dia pasti tidak akan hampakan kamu. Kamu cinta Dia, Dia cinta kamu. dia cinta Dia, Dia cinta dia. Dia temukan kamu dan dia. Senyum untuk itu.


Untuk adam,

Kamu, andai Dia tautkan hati kamu dan dia, jangan tinggalkan Dia. dia itu hakikatnya fitnah paling besar di akhir zaman. Hati-hati dengan itu. Ya, iman itu perisai, tapi, iman manusia itu ada turun dan naiknya. Dan, makhluk yang ketiga itu begitu licik. Ingat itu ya. Kamu, cintailah dia dengan cara yang halal. Semoga Dia berkati cinta kamu dan dia.


Untuk Hawa,

Kamu, makhluk berhati halus. Sungguh suka bermain emosi. Jaga diri kamu baik-baik ya. Kamu bisa menjadi panah-panah beracun yang mampu meruntuhkan iman dia. Kamu ujian besar buat dia. Bantu dia supaya dia tidak lupakan Dia kerana kamu. kamu, cintailah dia dengan cara yang halal. Semoga Dia berkati cinta kamu dan dia.


-November 18, 2010..Columbus, Ohio-



soksek-soksek :


Kumbang, jangan marah andai mawar itu tidak menyambut cintamu..
Kerana mawar itu ingin kau tahu bahawa carilah cintaNYA dahulu sebelum kau merebut cinta hambaNYA..

Kumbang, jangan marah andai mawar itu tidak membalas SMS mu..
Kerana mawar itu sebenarnya ingin memelihara imanmu dan imannya agar tidak jauh menyimpang sehingga lupa pada Dia..

Kumbang, jangan marah andai mawar itu tidak menjawab panggilanmu..
Kerana mawar itu sebenarnya tidak mahu dirinya menjadi sebab kau lupa kepada panggilan Yang Esa..

Kumbang, jangan marah andai mawar itu tidak memandangmu dan tersenyum kepadamu..
Kerana mawar itu tidak mahu mata dan bibirnya menjadi penyebab runtuhnya iman seorang pejuang agama…

Kumbang, jangan marah andai mawar itu menolak pelawaan utk keluar bersama..
Kerana mawar itu tidak mahu kau dan dia tertipu dengan bisikan musuh yg nyata..

Kumbang, jangan kau tanya mengapa begitu susah untuk kau dekati mawar itu..
Kerana,ketahuilah, mawar itu, bukan mawar biasa…mawar itu, mawar berduri..
Hidup diakari rasa bertuhan, dipagari haruman akhlak dan iman, kerana itulah ukuran...

JELITANYA SEORANG PERAWAN….


DAN, andai kamu bisa mendekati mawar itu, itu hadiah dari Tuhan buat kamu :)



0 people said: