Assalamualaikum WRT
Nota campur-aduk
Alhamdulillah, kelas berjalan dengan baik. Satu perkara yang saya perasan tentang American ialah “mereka sangat sangat sangat terkesan dengan 9/11”. Setiap kali diminta bagi contoh sewaktu perbincangan dalam kelas, pasti dan mesti ada “9/11” dan sudah pastinya “muslim” juga ada cerita di situ. Saya ada masalah juga kadang2 dalam kelas sebab kadang2 saya tak faham diorang cakap apa.haha. Pertama, accent yang kadang2 susah nak difahami. Kedua, penggunaan perkataan yang bombastic (bagi sy yg merupakan seorang melayu), belajar subjek social science memang perlu bersedia dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang ada “hidden message”. Dalam kelas, saya sentiasa mendengar sama ada di Malaysia mahupun di sini (sini lagi payah nk contribute kot,awal2 lagi susah nk faham accent..LOL), jadi, saya sangat suka apabila ada writing assignment. Di situ mata pena boleh jadi sangat tajam daripada mata pedang, cewah! Haha. Bila dah beberapa kali ada discussion dalam kelas, saya dapat rasa betapa hebatnya "pertembungan" apabila falsafah manusia bertembung dengan falsafah tuhan dan anda terpaksa berperang dengan keyakinan sendiri dan cuba menghadam dengan terpaksa segala hujah tersebut! Terlalu sukar rasanya hendak mempertahankan hujah dengan lidah, ia boleh jadi sesuatu yang sia-sia jika isi perbincangan itu nanti hanya merupakan “perdebatan ego”. Mahu menyentuh hati manusia secara hikmah, cuba berseni dalam penulisan dan mahu sentiasa mencari ikhlas yang bukan senang itu :) “moga tangan yang menulis bisa sentiasa ada ‘bimbingan Tuhan’, amin ya Rabb!
Nota rindu
Buat tanto, kamu sudah bosan ya dengan “sabar” itu? Saya mahu cakap lagi dan lagi. “sabar,sabar,sabar” :) manusia itu lemah, yang kuat itu Dia. Jika manusia itu kuat, maka itu pasti pinjaman dari Dia buat manusia yang sungguh-sungguh mohon kekuatan dari Yang Kuat itu. Jika kamu rasa kamu teruk diuji, kembali yakin dengan kalam Tuhanmu, Dia kata Dia tak kan uji kamu dengan sesuatu yang kamu tak mampu tanggung. Jika kamu rasa kamu penat dengan ujian itu, lihatlah sekeliling kamu, sebenarnya hamba-hambaNYA yang lain juga sedang diuji. Cuma, cara diuji itu mungkin berbeza dan hamba-hamba yang lain itu mungkin tidak pernah bercerita kepada kamu. Beruntunglah kamu dipilih untuk diuji kerana Tuhan ‘nampak’ kamu. Senyum ya untuk itu :) owh ya, rasa berat hendak hadam semua ini? Tidak mengapa, cuma kembali kepada fitrah, duduk dekat2 dengan Dia ya, di situ pasti ada apa yang kamu cari :) sentiasa rindu kamu! Tidak pernah lupa itu :)
Buat sahabat-sahabat seperjuangan (kamu sentiasa tahu siapa kamu), pertama kali di bumi asing ini cukup mencuakkan aku. Rindu yang sangat menggunung tinggi pada kamu, mahu peluk kamu erat-erat, mahu cerita itu dan ini pada kamu, tapi, Tuhan takdirkan kita terasing antara benua. Yang bertaut hanya hati, itu aku pasti! Tolong sisipkan doa buat aku di sini! Encik skype ni kadang-kadang ada masalah juga, owh, semoga rangkaian jalur lebar di sana bertambah baik (saya pasti bukan salah jalur lebar di sini sebab ini Amerika! LOL). Terlalu banyak mahu berkongsi! Salam rindu dan sayang dari Columbus :)
Rindu pada “tension” setiap kali hendak berebut naik bas RapidKL dan KTM. Rindu berjalan sendiri meneroka alam. Rindu “senangnya nak makan” di tanah air sendiri. Rindu nak mengada-ngada panggil “mummy” secara live. Rindu “manja-manja” dengan 3 permata hati di tanah air. Ok, saya tahu, saya tak patut nak rindu lebih-lebih sebab “Laili, tak sampai sebulan pun ko duduk sini, diam-diam sudah!”. Ok Tuhan, aku yakin rindu aku pasti terbayar di sini :)
Nota Cinta
Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU. Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMU.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMU, jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU.
Semoga…."Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
soksek-soksek: Rasulullah saw telah bersabda: Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi)
p/s: Jom kutip barang kita!! ;)



0 people said:
Post a Comment