Assalamualaikum WRT
Syukur kepadaNYA kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas sehingga saat ini. Juga masih diberi izin untuk mengutip sebanyak mungkin tawaran hebat yang ditawarkanNYA untuk hamba-hambaNYA di bulan yang penuh barakah ini. Macam cerita di televisyen, ala-ala “nostalgia ramadhan” sendiri, Ramadhan kali ini (seperti Ramadhan sebelum sebelum ini juga :P ) mengingatkan saya ketika berpuasa di zaman sekolah.
Masa di sekolah dahulu, memang tak wujudlah bazaar ramadhan yang besar-besar ni, selalunya ustaz datang jual makanan ataupun pihak Usahawan Muda buka gerai jual makanan. Masa ni, lepas solat asar, ramai orang pakat berebut-rebut nak beli makanan. Dengan masih bertelekung (balik solat asar kan..hehe) berusaha sedaya upaya berebut dengan tangan-tangan yang ada kat situ nak beli makanan. Haha. Semangat budak asrama! LOL.
Waktu tarawih memang seronok. Solat ramai-ramai, selalu buat sampai lapan rakaat je sebab lepas tu masing-masing perlu pergi prep. Bila di rumah seperti sekarang, barulah ada kesempatan untuk solat di masjid berdekatan dengan rumah.Tapi, kadang-kadang, ada juga perkara yang buat hati saya gundah gulana bila solat di masjid; bila saf renggang dan saya tidak mempunyai kekuatan untuk kata "mak cik, rapat sikit"!.
Mungkin kemudian kemudian nanti akan ada kisah nostalgia ramadhan di perantauan pula, insyaallah :)
Kulit dan Isi
Teringat saya akan status seorang rakan bukan islam di facebook tentang betapa seronoknya dia dengan kedatangan bulan puasa kerana bazaar ramadhan yang superb! Juga, kisah pihak tertentu yang ingin menjadikan bazaar ramadhan sebagai tarikan pelancongan ke
“Kita mengajak orang lain melihat kulit ramadhan bukan isi ramadhan”, kata seorang ustaz dalam satu ceramah yang saya hadiri.
Ya, realitinya begitu. Masyarakat mengenali bulan ramdhan sebagai bulan pesta makanan. Hakikatnya, ia lebih dari itu! Ramadhan itu datang agar mampu meningkatkan taqwa dalam diri dan ia datang sebagai tawaran istimewa dari sang Khaliq kepada hambaNYA.
"Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut."
-Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu-
Kulitnya pesta makanan. Isinya pesta ibadah. Dan kita sibuk dengan kulitnya. Isinya kita kesampingkan. Maka, kesannya, "ramai di kalangan umatku yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga".
Buang baby
Teringat cerita seorang ustaz dalam tazkirah beliau,
"sekarang ni terlampau banyak kes buang bayi. Tiap-tiap hari pasti ada. Mulanya bulan satu bulan dua dulu, ramai-ramai sambut tahun baru dan valentine’s day. Bila dah cukup 7-9 bulan, anak keluar, buang terus"
Ada betulnya di situ. Bila hiburan melampau pada sambutan tahun baru sudah menjadi "tiada apa-apa" dan bila umat islam sendiri kurang ilmu dan sensitiviti tentang kisah valentine’s day, itu akibatnya. Bak kata seorang teman, "buang dulu baby dalam nset tu, lepas tu baru boleh cakap pasal buang baby (bayi yang memang bayi!)"
Bimbang jika roh ramdhan tidak difahami dan dijiwai. Natijahnya, jadi begitu. Kesal.
Monolog
Dalam langkahan seorang hamba, tidak pernah tahu yang ghaib. Jodoh/petemuan, ajal/maut, semuanya ghaib belaka. Makanya, disandarkan yang ghaib-ghaib itu kepada Yang Maha mengetahui segala yang ghaib. Yang pasti, seorang muslim tidak harus jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Dan aku, tidak mahu juga jatuh ke lubang yang sama untuk kali kedua dan seterusnya. Bak kata seorang sahabat, "ia tidak akan datang bergolek, beri sedikit ruang untuk ia masuk". Ya, dan aku sedang bertatih untuk itu. Penuh hati-hati. Tuhan perancang maha hebat, semoga Tuhan tuntun setiap langkah ini mengikut rencanaNYA, amin ya Rabb!
Soksek-soksek : Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIRLINES bernombor 1431H dengan harapan tiba di JANNAH di akhir perjalanan. Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA, menegakkan kerusi SOLAT dan menambahkan IBADAH. Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN. Saya selaku anak kapal bertugas mengucapkan SELAMAT MENIKMATI PENERBANGAH ISTIMEWA INI.



0 people said:
Post a Comment