Sunday, November 8, 2009

halloween,chatting,kumbang dan mawar....

Sunday, November 8, 2009
Ada yang pernah bertanya pada saya,
“Laili, apa hukum aku chat/ym dengan ko”
Jawapan saya, “terpulang”..saya bawakan kisah Halloween dan seorang hamba Allah
Ada seorang hamba Allah yg telah pergi ke party Halloween dgn tujuan yg suci lagi murni iaitu, untuk cari pengalaman dan nak tolong kawan. Beliau pun pergilah ke party tersebut, masuk rumah hantu dan makan2. Balik dari Halloween, dirinya rasa seperti ada yg tidak kena, hamba Allah itu cuba mencari jawapan terhadap ‘kecelaruan iman’ yg dihadapinya. Fikir punya fikir, Alhamdulillah, akhirnya beliau mendapat jawapan apabila beliau terbaca sebuah artikel di blog Saifulislam.com tentang Halloween. Di dalam artikel tu, Ustaz Hasrizal telah ditanya tentang hukum pergi ke parti Halloween yg sekarang ni tiada lagi unusur2 pemujaan roh seperti dahulu.Jawapan Ustaz cukup ringkas, “terpulang” dan ustaz memberikan hujah2 beliau. Maksud “terpulang’ itu ialah, “terplulang kepada individu itu sejauh mana sensitivitinya terhadap agama dan di mana Tuhan dalam hidupnya”.

Kisah Halloween dan kisah chatting lelaki dan perempuan ini mungkin boleh saya katakan lebih kurang genre nye. Mungkin tentang soalan chatting itu boleh dijawab begini, “terpulang kepada sejauh mana sensitivity individu terhadap maruahnya”. Tidak dinafikan, dalam kita berusaha untuk ‘menjaga’, kadang2 byk factor yg mengurangkan tahap ‘penjagaan’ tersebut seperti nafsu dan persekitaran. Ramai yg tidak berada di tempat yg biah nye sangat terjaga seperti KISAS atau DQ, tp, itu tidak bermakna kita kena tolak tepi soal ikhtilat. Bila berada di tempat yg kebanyakan manusia tidak memahami erti ikhtilat, kita perlu lebih berusaha dalam soal ‘menjaga’ ni. Janganlah memandang enteng soal ikhtilat yg kita slalo kata ‘tiada apa-apa’ yg hakikatnya memang ‘ada apa-apa’. Walaupun banyak kali tersalah langkah juga dalam soal ikhtilat, sentiasalah berusaha untuk ‘menjaga’ selagi mampu, insyaALLAH. Yang penting, dalam setiap tindakan yg dilakukan, pastikan ALLAH dan Islam itu sentiasa menjadi prioriti, moga2 sentiasa dalam peliharaanNYA, insyaALLAH..

Kumbang, jangan marah andai mawar itu tidak menyambut cintamu..
Kerana mawar itu ingin kau tahu bahawa carilah cintaNYA dahulu sebelum kau merebut cinta hambaNYA..
Kumbang, jangan marah andai mawar itu tidak membalas SMS mu..
Kerana mawar itu sebenarnya ingin memelihara imanmu dan imannya agar tidak jauh menyimpang sehingga lupa pada Dia..
Kumbang, jangan marah andai mawar itu tidak menjawab panggilanmu..
Kerana mawar itu sebenarnya tidak mahu dirinya menjadi sebab kau lupa kepada panggilan Yang Esa..
Kumbang, jangan marah andai mawar itu tidak memandangmu dan tersenyum kepadamu..
Kerana mawar itu tidak mahu mata dan bibirnya menjadi penyebab runtuhnya iman seorang pejuang agama…
Kumbang, jangan marah andai mawar itu menolak pelawaan utk keluar bersama..
Kerana mawar itu tidak mahu kau dan dia tertipu dengan bisikan musuh yg nyata..
Kumbang, jangan kau tanya mengapa begitu susah untuk kau dekati mawar itu..
Kerana,ketahuilah, mawar itu, bukan mawar biasa…mawar itu, mawar berduri..
Hidup diakari rasa bertuhan, dipagari haruman akhlak dan iman, kerana itulah ukuran JELITANYA SEORANG PERAWAN….

Saturday, October 31, 2009

"iman aku sakit"

Saturday, October 31, 2009
Keluh seorang hamba Allah,
“Semenjak dua menjak ni rasa lemah sangat. Quran pun makin kurang dibaca. Solat sunat pun makin sikit. Solat kadang2 lewat. Tak tau la apa yang tak kena”
Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:
# Ibadat tidak berkualiti
Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud:
“Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.
# Hati yang tidak khusyuk
Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.
# Berlebihan dengan perkara yang mubah
Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.
# Tidak menghadiri majlis ilmu
Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya? Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.
# Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan
Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

Sumber:
di sini
Tuhan, dosaku menggunung tinggi,
Tapi rahmatMU melangit luas,
Harga selautan syukurku,
Hanyalah setitis nikmatMU di bumi,
Tuhan, walau taubat seringku mungkir,
Namun pengampunanMU tak pernah bertepi,
Bila selangkah ku rapat padaMU,
Seribu langkah Kau rapat padaku.

Thursday, October 15, 2009

Terima Kasih Tuhan!!

Thursday, October 15, 2009
Jam 8 malam, 14 oktober, tetiba Ruwaida@Rue bg mesej (xpenah2 neh..haha)
“salam..laili, boleh teman Rue turun kt 1st floor? Tak de org nak teman,hani dah tidur”
“owh..ok3..pukul berapa?”
Kemudian, saya call Rue lepas dia xreply msg saya tu..
“rue, kenapa? Nk turun kul berapa?”
“ni, nak hantar nota fizik kat budak kelas.. dalam kul 830 la boleh?”
Pukul 830, kami turun ke bawah, menuju ke Kedai Kak Sue (kedai makan). Sambil tunggu kawan Rue, kami borak2 la..
“pesal la kawan Rue ni nak nota malam2 ni. amik esok xboleh ke pon”
“wah, msti nota Rue bagus sampai dia nak pinjam nota Rue. Dia tunggu kat mne ni?”
“dia kata kat sni” pastu, kawan Rue tu kol, dan kami bergerak ke tepi kolam untuk jumpa kawan Rue tu.
Sampai tepi kolam, saya nampak kawan2 ADP saya, “pehal lak budak2 ni ada kt sini?”. malas nk ikut Rue sampai tepi kolam, kang kaco projek pe lak budak2 tu buat! Haha..tapi, Rue menarik tangan saya dan tetiba saya terdengar “happy berthday to you…bla bla bla…….”
Ha, tyme ni saya baru tersedar yg saya dah terkena!!! Rue memang pelakon yg hebat! Penat je aku puji nota mu! Haha..lepas tu, mulala upacara memotong kek, ucapan sepatah dua kata dan amik2 gambar..kt bawah ni ada beberapa gmbar kenang-kenagan :

ni kek dan tangan Aitidal..ngeh3...

ni kek yg sedap!..hehe..



potong kek! yg sebelah kiri n kanan tu xde kena mengena dgn gambar! haha



gambar yg romantik..huahua..







senior ni..haha..
belakang yg tudung kaler itam nampak kepala dan tgn tu aitidal, yg tudung putih tu raihan, yg baju oren tu hasanah mek kelate, baju purple tu syamim dan yg duduk kat depan tu mira..




yang kiri sekali, kee hee, yg paling kanan tu Rue (pelakon pembantu wanita terbaik!) dan yg duduk sebelah kiri tu nurul aka cek nu..yg laen tu dah dperkenalkan..


ni lak junior : kiri sekali angel, tudung kaler hijau tu Ariyah dan yg tudung putih tu mira..
ni antara tetamu yg hadir! cewah!..hehe..













ni lak rakan2 A-level..baju putih tu Rakin, sebelahnye Nordin, n yg belakang tu sahabatku Liza =)

ni plak Casa Subang yg dari sudut yg cukup menawan!.haha..
Terima kaseh kepada insan2 yg telah mengewish melalui lisan mahupun melalui kemudahan teknologi seperti SMS dan YM..owh ya, tarikh lahirku sebenarnya 15 oktober, tapi, sahabat2 ku ini begitu excited nk sambut awal (kata Syamim: 'laili tidur awal,jadi kena sambut awal'..heh!)
Ni email dari mak (terasa macam dah dekat US!haha)
“Assalamualaikum...Esok 15/10/2009 hari jadi yang ke-19. Mak ucapkan Selamat Hari Jadi moga dipanjangkan umur, murah rezeki. Umur dah meningkat, mesti ada perubahan pada diri. Jgn masih di takuk lama. Ceria selalu. Jgn mudah merajuk..Amin...”
Ni plak msg dari abah
"Selamat hari jadi, murah rezeki, tambah ceria, tambah usia, lebih bijak dalam menghadapi kehidupan dan selalu ingat pada Allah. salam sayang dari mak dan abah"
owh ya, adik ku juga tidak terlepas mmberi ucapan walaupon agak ganaz dan sedikit hampeh!
"woi..selamat hari jadi" (memang ucapan yg xbleh blah!)

Ni plak mesej paling awal saya dapat dari seorang sahabat. Lebih kurang pukul 7 petang, mmg betul2 ikut timing islam..hehe..
“Selamat hari jadi..smoga dgn prtambahan umur, dsertai dgn kematangan akal fikiran, dapat membantu saudari n kite smua dlm mncari kredhaan Allah yg didamba..insyaallah,aameen..”
Ni plak msg dari sahabatku Faizah (faizah,aku tau ko baca bnda alah ni,walaupun ko xpnah tinggalkan jejak..haha) yg merupkan insan pertama wish mengikut timing omputeh, pukul 12 malam..hehe..
"Dalam mencari2 sebuah khidupan, ku jumpa sebuah prjuangan, di mana ku perolah sebuah persahabatan krn sebuah ikatan..ku selami sebuah anugerah brsama sebuah keinginan agar segalanya indah dgn Allah dan org2 yg dekat denganNYA,brkasih syg keranaNYA dan berharap hanya padaNYA..smga Allah merahmati kita dgn rahmat kasih sayangNYA..Selamat Hari Lahir!"

Ni plak ucapan dari Aitidal Shariha (petikan dari blog beliau..hehe)
“Seorang lagi teman berkongsi tarikh lahir yang sama. Tahun lepas dengan kamu, tahun ini INSYALLAH juga dengan kamu. Tahun depan walaupun mungkin tidak lagi bersama, kalau tiada aral melintang dan umur panjang,tetap akan ada ucapan buat kamu. Semoga berubahnya satu lagi digit dalam angka umurmu, makin arif kamu tentang dunia.Teruskan berjuang demi apa yang hak. Teruskan bersuara demi apa yang kau percaya benar. Semoga ada anjakan paradigma dalam bidang psikologi negara ini sekembalinya kamu dari menuntut ilmu. Oh..besar harapan ini. Tapi diri ini percaya dengan kamu. INSYALLAH.Doakan yang baik-baik sahaja buat kamu. Selamat Ulang Tahun Kelahiran Teman”
Ni plak dari Syamim (petikan dari blog beliau)
"sudah setahun rupanya ulang tahunmu. kami sambut tahun lepas di atas tahun ini di bawah. bukan turun standard atau apa, cuma mahu sedikit perbezaan.ada wajah lama ada wajah baru.tandanya ada yang pernah berada dengan kita dan ada yang baru masuk ke dalam hidup kita.kita juga mungkin sedikit berubah,bertambah berat badan, semakin berisi, semakin kurus, semakin gelap, lebih berjerawat.tidak kisahlah, yang penting ada yang masih belum berubah,persahabatan kita. tetapi mungkin itu juga telah berubah.bertambah sayang atau kurang sayang.itu soal hati masing-masing.tidak perlu beritahu.melihat seorang rakan ‘membesar’ di hadapan mata,walaupun hanya satu tahun beza umur.rasa seperti sekejap.rasa seperti baru semalam aku dan Aitidal beli kek di Mydin.rasa seperti baru semalam Rahmah terkinja-kinja mahu baling bedak pada Laili.tidak kisahlah apa yang berlaku tahun lepas.itu sejarah.sambutan tadi juga sudah jadi sejarah
kepada Laili di Malaysia: jealous dengan kamu, bisa menyambut dua kali..haha LOL.. thanks Laili sebab sudi sahaja dengar kisah hidup dan masalah aku… happy birthday Laili… semoga kita boleh sambut lagi birthday kamu di universiti yang sama di US"

Terima kasih semua!!!
"Tuhan, pada awalnya, aku rasakan seperti diri ini makin jauh dari bumi tarbiyahMU..tapi, sangkaan hambaMU yg lemah ini jauh tersasar. Di sini bumi aku ditarbiyah! Engkau beri aku mereka yg banyak mengajar aku erti hidup. Engkau pinjamkan mereka agar aku mengerti erti kasih sayang. Sungguh, agamaMU ini, agama kasih sayang. Aku mula mengerti hikmah dan nikmat yg KAU campakkan padaku di bumi tarbiyah ini..Terima Kasih Tuhan!"

Sunday, October 11, 2009

Sunday, October 11, 2009

Saturday, October 10, 2009

kawan vs sahabat

Saturday, October 10, 2009


Kadang2 orang bertanya, apa itu kawan? Kadang2 orang bertanya, apa itu sahabat?


Kisahnya begini…


A, B dan C begitu rapat. Hubungan mereka tak ubah seperti belangkas (seswai ke ni? haha). Bila nak pergi shopping, mereka pasti pergi sekali, bila nak buat homework, diorang mesti siapkan sekali, bila nak pergi makan, diorang mesti makan sekali..mereka gembira bersama2..
Nak dijadikan cerita, satu hari, C nak balik kampong sebab nenek dia tengah sakit tenat. Mak dia pesan, ‘balik dengan kawan, bahaya balik sorang2’. C pun terus mencari dua orang rakan baiknya untuk ajak teman balik kampong.


Dia call A, A reply, “weh, sori la..aku banyak assignment nak buat minggu ni. ko tanya la B..aku tak boleh tolong kau la”


Dengan hampanya, C call B pulak, B reply, “owh..yeke..em,aku ada jugak assignment nak wat ni. tapi, tak pela, aku teman ko balik kampong. Aku akan cuba siapkan assignment aku malam ni”


C pun berasa sangat lega..ketika dia dalam kesusahan, baru dia kenal siapa sebenarnya sahabat..


Kakak usrahku berpesan,


“adakah kita betul2 seorang sahabat apabila kita hanya membiarkan sahabat kita dibakar api neraka?”



Kadang2 kita bertanya, di mana nilai seorang sahabat?


“aku menyayangimu kerana Allah”


Pasti??


Sayang dari hati. Kasih itu terzahir dari hati yang sarat dengan kasih sayang. Sayang kita hanya keranaNYA. Tidak perlu gusar tentang kasih manusia lain, walaupun seakan-akan kita memberi tanpa menerima balasan, kerana sesungguhnya, hati orang2 beriman itu sudah dipegang olehNYA. Bila ‘sayang keranaNYA’, memberi pasti tidak mengharap balasan, pasti tiada sebarang dzon terhadap sahabat, pasti tidak lupa untuk mendoakan, pasti ingin selalu mengingatkan. Moga hati kita sarat dengan cinta dan sayang keranaNYA, moga di akhirat nanti, ia mampu memberi syafaat -Mereka yg bertemu dan berpisah keranaNYA- =)



Ketika seorang sahabat bertanya Rasulullah SAW, “siapakah yg menjadi shbt yg paling baik bagi kami?”, jawab baginda, “seseorang yg apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah Taala. Apabila kamu mendengar percakapannya,pengetahuan kamu tentang islam bertambah. Apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat”

Friday, October 9, 2009

sembang-sembang...

Friday, October 9, 2009
Di sini ada sedikit perkongsian, yg mungkin akan buat kita sumer berfikir..kalo ada sebarang komen, silalah meninggalkan jejak ye =) owh ye, sebelum tu, entry ni panjang la jugak..jadi,harap bersedia mental n fizikal la, sebab kang tetiba terstop tgh jalan lak..hehe..

Azryl Cute: laili!!!!!!
Azryl Cute: aku ade soalan penting
mujaheedah 90: kerel!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mujaheedah 90: pe dia??
Azryl Cute: hahaha
Azryl Cute: erm
Azryl Cute: kelas philo aku
Azryl Cute: existence of God
mujaheedah 90: owh
mujaheedah 90: menariknye
Azryl Cute: yeap
Azryl Cute: ade argument kate evil does exist
Azryl Cute: so,God doesnt exist cos he doesnt eliminate evil
mujaheedah 90: owh
mujaheedah 90: so,ko kna watpe?
mujaheedah 90: counter back ke
Azryl Cute: so
Azryl Cute: does it mean God doesnt exist?
Azryl Cute: yeap
Azryl Cute: klu nak percaya percaya la
Azryl Cute: tapi klu kate God exist
Azryl Cute: so refute the statemnt
mujaheedah 90: em
mujaheedah 90: analogy senang je
mujaheedah 90: xtau la ko penah tau ke x
mujaheedah 90: sal tukang gunting rambut yg xpercaya kwujudan tuhan
mujaheedah 90: ko tau x?
Azryl Cute: xtau
mujaheedah 90: ok
mujaheedah 90: ada soang ni pegi gunting rambut.pastu tukang gunting ni kata..'tuhan ni tak wujud..cuba tgk skang,ramai orang dalam kesusahan..kalo tuhan tu wujud, kenapa dia biarkan je org dalam kesusahan?kenapa xtolong?kenapa biarkan je org lain buat zalim kt org lain?'
mujaheedah 90: orang tu diam je...dah habis gunting, dia blah ah
mujaheedah 90: pastu dia nampak sorang ni rambut panjang sangat..
mujaheedah 90: pastu dia masuk balik kedai tu, dia cakap, 'saya tak percaya tukang gunting rambut wujud. sebab kenapa masih ada lagi orang yg rambut panjang?'
mujaheedah 90: ko boleh relate x?
Azryl Cute: erm
Azryl Cute: x logic la
Azryl Cute: that is personal stand
Azryl Cute: ok,klu aku cakap aku x percaya ade doktor
Azryl Cute: sebb org mati jugak
Azryl Cute: ok
Azryl Cute: soalan,ko percaya x evil exists?
mujaheedah 90: the point here is..cuba ko relatekan balik ye, kenapa orang tu rambut panjang? sebab dia tak pegi jumpa tukang gunting tu untk gunting rambut. macam tuhan jugak, evil does exist, tapi, ia wujud for reason. if people think yg evil tu hnya mnyusahkan manusia untuk jadi baik, the point here is, kenapa tak 'jumpa' tuhan?
Azryl Cute: okay
Azryl Cute: so here is the argument come
Azryl Cute: mustahil untuk ko kate good exist
Azryl Cute: klu evil doesnt exist
Azryl Cute: sebab die opposite to each other?
Azryl Cute: kan?
Azryl Cute: klu evil x de,good pn x de
Azryl Cute: so,evil must exist so that we know good is
Azryl Cute: right?
mujaheedah 90: kejap,aku penin
mujaheedah 90: falsafah sgt
mujaheedah 90: haha
Azryl Cute: ok
Azryl Cute: camne ko tau itu baik
Azryl Cute: klu ko x faham ape i2 jahat
Azryl Cute: kan?
mujaheedah 90: ha,betul2
Azryl Cute: ok,that means there are Man in the world who are born to do evil
Azryl Cute: so,God appointed some of us to do that?
Azryl Cute: klu manusia x buat evil,camne kite nak tau
mujaheedah 90: em,betul jugak
mujaheedah 90: tapi,aku tak de hujah secara filosofikalnye..hujah scra islam aku ada..tpi, aku rasa xleh nk explain kowt coz hujah tu about faith bukan logik akal semata2
Azryl Cute: erm
Azryl Cute: tapi dahsyat wei budak2 sini
Azryl Cute: sebb diorg x pakai logik akal
Azryl Cute: tapi gune critical thinking yang dahsyat gile
Azryl Cute: aku cakap camnie
Azryl Cute: ok,klu ko x jumpe aku
Azryl Cute: ko kenal x aku?
mujaheedah 90: ok
mujaheedah 90: pastu?
Azryl Cute: so,ko x kenal aku
Azryl Cute: tapi x bermakna aku x wujud
mujaheedah 90: betul
Azryl Cute: klu ko x penah jumpe aku sampai bile2,ko x kan penah kenal aku
Azryl Cute: tapi x bermakna aku x wujud
mujaheedah 90: betul
Azryl Cute: so,sampai situ jea la
Azryl Cute: diorg plak bagi dahsyat punye
Azryl Cute: sampai diorg kate physical body x wujud
mujaheedah 90: uish
mujaheedah 90: gle dowh
mujaheedah 90: dhsyat nye
mujaheedah 90: diorang da argue pape x sal hujah ko tu?
mujaheedah 90: diorang nk kata ada tuhan ke x
Azryl Cute: erm
Azryl Cute: sometimes kate dye wujud
Azryl Cute: ade kate x wujud
mujaheedah 90: owh
Azryl Cute: tapi dahsyat la
Azryl Cute: memng arguments tahap dahsyat punye
mujaheedah 90: pe yg diorang argue
Azryl Cute: okay
Azryl Cute: can God creates wall he himself cannot surpass?
mujaheedah 90: em
mujaheedah 90: jap,kaitannye?
Azryl Cute: okay
Azryl Cute: kite believe God is the most powerful thing
Azryl Cute: boleh cipta ape saje
Azryl Cute: tapi can he creates he himself x boleh lepas?
mujaheedah 90: jap,aku still xfaham 'can he creates he himself x boleh lepas?'..mksudnye, dia sendiri xboleh lepas diri dia?
mujaheedah 90: gitu?
Azryl Cute: creates wall
Azryl Cute: dinding
mujaheedah 90: seriously aku xfaham ape kaitan dinding tu
mujaheedah 90:
Azryl Cute: okay
Azryl Cute: klu God tu ade kuasa yg hebat
Azryl Cute: so die boleh cipta ape saje
Azryl Cute: so,boleh x dye cipta dinding yang sangat tinggi sampai dye sendiri x boleh lepas
mujaheedah 90: ok
Azryl Cute: die boleh cipta ape saje
mujaheedah 90: owh
mujaheedah 90: ok3
mujaheedah 90: Dia is the most powerful, so, logik ke Dia yg sgt powerful,ada sumtin yg lbih hebat dari Dia
Azryl Cute: tapi dye boleh cipta ape saje
Azryl Cute: so,boleh x die cipta married bachelor?
mujaheedah 90: Dia boleh cipta apa sahaja..tapi, persoalannya, adakah akal manusia boleh terima kalo bnda tu wujud??
Azryl Cute: erm
Azryl Cute: how do we know?
Azryl Cute: tapi that is what we believe in
Azryl Cute: that he is all powerful
mujaheedah 90: ok
mujaheedah 90: kalo skang aku bagi kat ko buah durian yg ada kaki
Azryl Cute: so,bottom line he can creates anything
mujaheedah 90: ko boleh percaya x??
Azryl Cute: boleh
mujaheedah 90: atas dasar apa yg ko boleh prcaya?
Azryl Cute: cos that is God's creation
Azryl Cute: he can create anything
Azryl Cute: so,if that what we believe in,so we should believe that such thing could exist
mujaheedah 90: yeah..tp, ko cakap bnda tu tanpa bnda tu ada di depan mata kita..kalo betul2 durian tu ada kaki n ko boleh nampak, agak2 adakah sume org boleh percaya gitu je? aku rasa x sebab bnda tu brcanggah dengan pehaman mnusia yg durian tu xde kaki..so, Tuhan cipta sumtin yg sesuai dgn penerimaan akal mnusia. Dia dah byk create sumtin yg yg diluar pemahaman kita. tapi, bnda tu kita tak argue dengan logik akal. kita percaya dgn iman. contohnye, syurga dan neraka..god boleh cipta, tak mustahil pon
Azryl Cute: okay
Azryl Cute: see,what makes we believe in heaven and hell
Azryl Cute: he creates something that we can accept
mujaheedah 90: yeah
Azryl Cute: but he also create us with mind which can perceive more than that
Azryl Cute: thus,he creates everything on the basis of our logical reasoning
mujaheedah 90: yup
Azryl Cute: so,why cant we question the existence based on logical reasoning as well?
Azryl Cute: sorry aku tanye
Azryl Cute: nie philosphy
Azryl Cute: x de kaitan dgn pegangan aku
mujaheedah 90: ok3
mujaheedah 90: xpe
mujaheedah 90: ok, ko rasa adakah syurga dan neraka tu sumtin yg logik?
mujaheedah 90: mksud aku dari segi logik akalnye
Azryl Cute: x la
mujaheedah 90: ok
mujaheedah 90: tapi, kita masih percaya yg bnda tu wujud kan? bukan je muslim, christian pon prcaya sal tu
Azryl Cute: erm,okay
Azryl Cute: okay
Azryl Cute: if we can prove the God exist
Azryl Cute: thus we can believe in everything
mujaheedah 90: yeah
Azryl Cute: cos hell and heaven stand below Him
mujaheedah 90: yeah
Azryl Cute: therefore,he has to exist first than we can believe in hell and heaven
mujaheedah 90: yup..kalo nak ikut dalam islam pon, the first thing yg kita kna buat ialah mntapkan aqidah. kprcayaan kita pda tuhan, kenal tuha..lepas tu baru masuk perkara2 lain..baru kita xpertikaikan kenapa kita kna buat sumtin tu
mujaheedah 90: em
mujaheedah 90: dalam konteks yg ko bncangkan ni
mujaheedah 90: kna tgk dgn sape yg kita cakap, atheis ke free thinker ke
mujaheedah 90: kalo atheis, mmg kna bg yg logik akal hbis la
Azryl Cute: okay,try to imagine
Azryl Cute: nie first kelas aku nie
Azryl Cute: soalan die
Azryl Cute: sebb philosophy is questioning everything
mujaheedah 90: ok
Azryl Cute: so,sbg seorg muslim
Azryl Cute: so
Azryl Cute: klu ko x lahir sbg islam
Azryl Cute: adekah ko masih islam
Azryl Cute: and also,boleh x seorg islam
Azryl Cute: yang dilahirkan sbg islam
Azryl Cute: hadi atheis so that he can find God
Azryl Cute: maksud aku die dapat hidayah what and what not
mujaheedah 90: soalannye?
Azryl Cute: so,boleh x
Azryl Cute: org 2 masuk syurga
Azryl Cute: tapi die x masuk islam
Azryl Cute: tapi die islam mase lahir,tapi die x nak jadi muslim sebb nak cari God
mujaheedah 90: ooo
mujaheedah 90: ok
mujaheedah 90: aku jawab dari sudut islam la ek,sbb ni brkaitan dgn islam n muslim..em, penghujung hidup kita adalah kita d syurga atau neraka..mksdnye, kalo lahir2 dh islam, tp, xjamin lg dia msuk syurga, sbb blh jadi di akhir hdup dia, dia murtad. kalo org tu lahir kafir, xtentu lg dia masuk neraka sbb mgkin dia akan masuk islam..islam tu fully submission towards Allah. so, even dia tyme kcik islam, tp, dia tak tunduk n patuh...
mujaheedah 90: mksudnye, pghhujung hdup kita yg mnentukan kita msuk syrga atau neraka
Azryl Cute: so
Azryl Cute: erm
Azryl Cute: klu org 2 x masuk islam?
Azryl Cute: die dies as not a muslim
mujaheedah 90: genrally macam tu la..tapi, persoalan aqidah ni Allah je yg tahu..
Azryl Cute: so it is possible for him to get to heaven
Azryl Cute: eventhough he's not a muslim
Azryl Cute: ?
Azryl Cute: or he is automatically be in hell?
mujaheedah 90: siapa yg claim 'he's not muslim'?.. kita tak pernah tahu apa yg ada dlm hati manusia..kita nmpak secara luaran, tp, Allah tau apa yg ada di dalam..tp, kalo dia mmg terang2 kafir yg sungguh2 tu, mmg neraka la tmpat dia..
Azryl Cute: so,it's pointless to judge people?
Azryl Cute: macam mane nak kate die kafir sungguh2
Azryl Cute: macam kat sini diorg respect islam
Azryl Cute: just that they dont believe
Azryl Cute: can i say that they get to hell soon?
mujaheedah 90: nope
mujaheedah 90: coz kta tak tau future diorang
mujaheedah 90: ntah2 kta yg msuk neraka..naudzubillah
mujaheedah 90: kafir sungguh2 tu macam kafir harbi
mujaheedah 90: kafir yg terang2 memusuhi islam
mujaheedah 90: bunuh org islam
Azryl Cute: oh
Azryl Cute: okay2
Azryl Cute: so kite x boleh judge people
Azryl Cute: la?
mujaheedah 90: perlu ke untuk kita judge orang? bg aku, bnda tu mmg kadang2 kita ska buat..tp, once kita dh faham macam mana keadaan sbnrnye, it's pointless to judge people
mujaheedah 90: islam agama kasih sayang
Azryl Cute: okay
Azryl Cute: then get it
Azryl Cute: so,islam never says that you can judge people to enter hell?
Azryl Cute: okay,then i get you
Azryl Cute: but that is what muslims always say
Azryl Cute: and do
mujaheedah 90: kalo muslim dengan muslim yg laen, kita wajib ingtkan dia tntg neraka n syurga tu
mujaheedah 90: Allah kata, 'tiada paksaan dalam agama'..mksudnye, kita xboleh paksa org kafir masuk islam.tp, once dia dh msuk islam, dia kna paksa untuk obey ape yg Allah suh
Azryl Cute: okay
Azryl Cute: tapi how about those who were born to be msulims
Azryl Cute: ?
Azryl Cute: isnt that a force?
mujaheedah 90: ok..basically, sume org di lahirkan dlm keadaan fitrah,mksudnye, islam..tp, once dia dh kuar dari perut mak dia, dia akan ikut agama parents dia (ada hadis nabi tntg ni)..kalo cakap pasal force ni, tu yg aku kata, actually, we choose to be in this way..kalo ko tak nak islam tyme umur kau 12 thun, ko boleh je wat pape.tp, kau dh pilih jalan ko untuk trus brada dlm jalan ni..mksdnye, even kita dilahirkan sbg muslim, kita yg memilih untuk terus brada dalam jalan ni
Azryl Cute: haaa?
Azryl Cute: kite pilih mase 12 tahun?
mujaheedah 90: bukan
mujaheedah 90: aku bg contoh je
mujaheedah 90: kalo umur 12 thun tetiba ko rasa xnak jadi muslim
Azryl Cute: so
mujaheedah 90: ?
Azryl Cute: klu x nak jadi muslim?
Azryl Cute: so?
Azryl Cute: boleh la?
Azryl Cute: bukan ke murtad cam2?
mujaheedah 90: yela..memang la..mksudnye, nk kata, kalo ada org kata, x fair la org yg lahir as muslim, coz confirm msuk syurga.. sbb kita yg memilih untuk terus berada dalam jalan ni atau tak..
Azryl Cute: okay
Azryl Cute: no
Azryl Cute: as in klu org 2 dilahirkan sebagai muslim
Azryl Cute: tapi xnak jadi muslim
Azryl Cute: tapi dye kire murtd la
mujaheedah 90: yup
Azryl Cute: unfair for those who bukan islam
Azryl Cute: tapi diorg x pernah murtad
Azryl Cute: and diorg x rase ape2,sebb diorg bukan islam mase lahir
Azryl Cute: for those who were born as muslims,they dont ask for that
mujaheedah 90: ok..adakah ko pernah rasa apa yg diorang rasa n fikirkan??..Do they really tak mencari the 'truth'? even kita sebagai muslim pun sentiasa mncari supaya kitaa yakin dgn apa yg kita imani..kita sama je, fair..kita yg pilih jalan smada islam atau tak..macam aku kata tadi, org yg kafir tyme lahir, xsmstinye masuk neraka sbb mgkin dia akan msuk islam...
Azryl Cute: so
Azryl Cute: islam is not the ultimate point
Azryl Cute: people can be whatever they want
Azryl Cute: and yet they can be in the heavens?
Azryl Cute: is that what you are trying to say?
Azryl Cute: for those who find the truth
Azryl Cute: but they themselves are not sure is that really the truth?
Azryl Cute: so,islam is kinda a label
mujaheedah 90: the ultimate point is The God..tpi, persoalnnye, kita kena cari jalan yg betul yg datang dari Tuhan..
Azryl Cute: cos everyone is fair
Azryl Cute: only that you are labelled as muslims what and what not
Azryl Cute: and yeah,klu smapai tua
Azryl Cute: org 2 dapat hidayah
Azryl Cute: die x pernah solat and everything
Azryl Cute: so is that fair for him to be in heaven
Azryl Cute: ?
Azryl Cute: eh,sorry,seriously i have to go,for class
Azryl Cute: sorry la
Azryl Cute: aku prvoke sikit
mujaheedah 90: ok
mujaheedah 90: xpe
Azryl Cute: tapi nie for my own good
mujaheedah 90: aku xkisah pon
Azryl Cute: sorry tau
mujaheedah 90: xpe2 =)
Azryl Cute: aku bukan nak menafikan ape2
mujaheedah 90: aku ok je
mujaheedah 90: aku faham
Azryl Cute: cume aku pn nak tau jugak what i believe in
mujaheedah 90: yeah
Azryl Cute: okay,nice talking to you
mujaheedah 90: act, aku pun buat bnda yg sama kerel
mujaheedah 90: cuma kena rjin cari la
Azryl Cute: serious get to US as soon as possibl
Azryl Cute: sebb memng ko akan faham erti hidup dgn lebih mendalam
Azryl Cute: macam aku
Azryl Cute: ape tah lagi ko
mujaheedah 90: ok, then, doakan aku leh fly
Azryl Cute: mesti rase best
Azryl Cute: okay
Azryl Cute: weh,rindu plak korg semua
Azryl Cute: okay,wish me luck kay
mujaheedah 90: tula pasal
mujaheedah 90: ok then
Azryl Cute: good luck to you
Azryl Cute: kirim salam semua
mujaheedah 90: ko pon sama
mujaheedah 90: slmat mencari =)
mujaheedah 90: smga ko bertemu dgn apa yg ko cari
Azryl Cute: dan selamat beramal
Azryl Cute: erm
mujaheedah 90: yeah
Azryl Cute: okay

Thursday, October 1, 2009

apa status iman kita?

Thursday, October 1, 2009
Alhamdulillah, setelah begitu lama membiarkan blog ni bersawang, plus selepas diperli oleh cik puan PTD nun jauh di Canada, insyaALLAH, ada sedikit perkongsian kali ini =) moga2 ada manfaatnya, insyaALLAH..
Pagi tadi, sedang saya fokus meneliti soalan Biologi di dalam kelas Biologi, saya terasa seperti gegaran. Saya fikir, ‘mungkin ini gegaran susulan’ selepas gempa bumi semalam. Seronok juga rasa sebab dapat rasa ‘gegaran’ (apakah??). Kemudian, saya terus menyambung fokus menjawab soalan, tiba2, satu lagi gegaran dapat dirasai. Saya toleh kiri kanan, semua orang macam relax wa lepak je jawab soalan. Saya tertanya juga, ‘apasal orang lain tak rasa pape ni?’. saya kembali melihat soalan, gegaran tersebut sekali lagi dapat dirasai. Saya menjadi hairan, ‘kenapa tak de orang yg macam sedar bangunan ni bergegar neh?’.. kemudian, saya menoleh ke kanan, selang sebuah meja dari meja saya ialah meja Syamim (meja kami susun macam dalam kelas tyme kt skolah,duduk 3-3.tapi,meja tengah dikosongkan sebab tengah test,kena amik jarak la kiranya. sila bayangkan ye supaya dapat menjiwai cerita ini). DAN, ruapa-rupanya, Syamim sedang memadam kertas soalannya dengan scala richter yg berukuran 4.3 sehingga menyebabkan gegaran turut dirasai oleh saya! Argh!!!. Rupa-rupanya, gegaran di meja Syamim akibat tindakannya memadam kertas soalan telah turut mengegarkan meja saya!!!.hampeh betul, rosak mood..ingatkan betul la gegaran yg sepatutnya..huh..


Erk, maaf mengambil masa anda membaca cerita yg ntah pahape neh, hehe.. actually, saya ingin berkongsi sikit tentang gempa bumi yg berlaku di Indonesia dan beberapa kejadian yg mengejutkan bila saya baca kat Utusan Malaysia pagi tadi..


-Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh


-Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.


-Pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu


-Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemayang, Bachok (sedang dating bersama kekasih) dan empat parah di Pengkalan Chepa. Sebanyak 10 rumah turut rosak di Kepala Batas.


-Lima kampung di Tembeling Tengah, Jerantut dilanda hujan air batu sebesar penumbuk.


-Di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik awal pagi ini.

Kondisi ada tiga ;


1) Baca berita ni, rasa yg Tuhan mungkin timpakan bala/musibah kepada manusia sebab terlampau dahsyat keingkaran terhadapNYA yg berlaku kat atas muka bumi ni. jadi, ada manusia yg melihat perkara ini dan muhasabah diri serta mengambil tindakan sewajarnya agar termasuk golongan yg SEMPAT.


2) Baca berita ni, rasa yg Tuhan mungkin timpakan bala/musibah kepada manusia sebab terlampau dahsyat keingkaran terhadapNYA yg berlaku kat atas muka bumi ni. tapi, kesedaran ini hanya terucap di bibir dan hilang bila diri kembali disibukkan dengan urusan dunia serta tiada tindakan susulan diambil. Bukan apa, takut2 termasuk golongan yg TAK SEMPAT.


3) Baca berita, sekadar baca. Iman tak rasa apa2. Mungkin SEMPAT, mungkin TAK SEMPAT.

Jadi, apa status iman kita? golongan manakah kita? Membaca dan sekadar mengambil tahu, atau membaca dan mengambil langkah? Menjadi muslim dan mu’min yg kuat itu amat payah, tapi, ia lebih mudah bila hati itu dekat dengan ALLAH. Salam mujahadah, moga2 tarbiyah Ramadhan yg lalu membantu kita untuk meneruskan kehidupan di saat ramai yg mengintai untuk menghancurkan aqidah yg satu ini.

p/s : blog ni masih lagi dalam mood raya,jadi lagu raya je ada..sedey sebab raya ketiga kena balik kolej..tangisan aidilfitri di ADP..huwaa!!!


 
Once upon a time.... © 2008. Design by Pocket